Nadi X Mahir: Mahir Masak Minggu 1
13 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 12 Januari 2026 bersamaan hari Isnin, Mahir Masak Minggu 1 telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pengenalan awal kepada peserta mengenai kursus Mahir Masak, memperkenalkan sistem pembelajaran yang digunakan serta membantu peserta memahami cara mengikut kelas secara atas talian dengan lebih teratur
Aktiviti Utama:
1. Pengenalan tenaga pengajar bagi kursus Mahir Masak serta penerangan ringkas berkaitan perjalanan kursus
2. Pengenalan kepada Mahir Training System (MTS) sebagai platform pembelajaran utama kursus
3. Panduan log masuk ke MTS, termasuk cara menyertai kelas secara langsung
4. Penerangan cara mengakses slaid pembelajaran dan rakaman video kelas
5. Panduan merekodkan kehadiran
6. Pengenalan modul kursus Mahir Masak serta penerangan awal modul bagi kelas Minggu 2
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami struktur kursus Mahir Masak, membiasakan diri dengan penggunaan MTS serta bersedia untuk mengikuti sesi pembelajaran seterusnya dengan lebih yakin dan teratur.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: